Hamil di tahap trimester pertama ( 0-12 minggu )menyaksikan perubahan badan yang ketara selaras dengan pembesaran bayi yang dikandung. Ibu sering alami mabuk ( morning sickness ) pada waktu ini.
Tips untuk atasi mabuk hamil :
- Makan dengan kerap - Tapi dengan jumlah kecil. Perut yg kosong, tekanan darah rendah, kandungan gula rendah boleh sebabkan mabuk hamil. Bawa makanan ringan jika anda keluar berjalan atau pada bila-bila masa sebelum tiba masa makan sebenar.
- Makan protein tinggi - ini dapat ringankan mabuk hamil. Ikan & Susu mempunyai kandungan protein tinggi.
- Minum air banyak - lebih-lebih lagi selepas muntah
- Vitamin tambahan – boleh diambil untuk menggantikan nutrisi yang hilang selepas muntah
- Jauhi makanan menggemukkan, yg digoreng atau pedas
- Jauhi makanan yang mempunyai bau dan rasa yang sebabkan anda muntah
- Makan makanan berkanji seperti roti bakar @ bijiran kering
- Dapatkan tidur yang lena dan rileks
- Berehat dan dengar muzik yang lembut ( boleh dengar subliminal muzik utk kurangkan mabuk )
- Elakkan berus gigi sekurang-kurangnya sejam selepas anda muntah.
No comments:
Post a Comment