Berikan yang selamat & terbaik untuk anak anda sejak dari kandungan lagi....

Monday, January 13, 2014

Salindah - Ibu Sihat Sepanjang Hamil, Anak Comel dan Pintar

"Penghantaran Terpantas Terus ke Rumah
Setiap Hari "



Mudahnya melahirkan bayi yang
comel, sihat, cergas dan pintar...


Salindah : Rencana Pemakanan & Rawatan Ibu Hamil Dari 3 Bulan Hamil Sehingga Habis Pantang

Ibu-ibu yang bijak akan memilih Salindah sebagai pemakanan dan rawatan sepanjang tempoh hamil hingga habis pantang. Dengan kebaikan rumusan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang istimewa ini, zaman kehamilan kini bukan lagi satu kebimbangan malah lebih indah dan menyeronokkan. Ianya membantu ibu-ibu melahirkan si manja dengan lebih mudah.





Apa itu Salindah ?

Salindah diperkaya dengan fosfat-fosfat Kalsium, Kalium, Ferum dan Magnesium untuk menjadikan ibu-ibu hamil lebih sihat dan si manja kelihatan lebih comel, cergas dan pintar. Salindah mengandungi nutrien yang lengkap sepanjang tempoh hamil agar bayi dalam kandungan memperolehi zat yang diperlukan dalam proses tumbesaran.

Tanpa kesan sampingan, ibu-ibu akan lebih berkeyakinan sepanjang tempoh hamil dan Salindah selamat untuk digunakan.

Salindah mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. Salindah merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. Salindah Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya.

Apa tujuan anda makan salindah ?
  • Ingin lahirkan anak pintar, cerdas, kuat tulang & gigi, keletah comel, & cantik kulit..--> mulakan dengan B1,B2 & B3
  • Untuk bersalin mudah --> ambil B4, B5 & B6
  • Untuk mengembalikan kewanitaan anda, sihat tubuh badan, cergas, bertenaga --> ambillah Set Lepas Bersalin

Salindah bantu mudahkan ibu bersalin
Salindah dirumus khas untuk membantu untuk membantu ibu -ibu bersalin mudah malah di dalamnya tersedia ramuan rawatan sepanjang tempoh pantang. Remedi B4 , B5 dan B6 perlu diamalkan untuk memudahkan proses kelahiran, mengawal alamat palsu bersalin, menghilangkan rasa takut dan cemas dan mengurangkan sakit sewaktu bersalin.

_____________________________________________________________________________

Khasiat dan Panduan Pengunaan Salindah


B1 Mulai minggu ke 12 hamil
Memberikan zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selsema, sejuk - sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain - lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

B2 Mulai minggu ke 24 hamil
Memberikan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, disamping menambah darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah osteoporosis.


B3 Mulai minggu ke 28 hamil
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.


B4 Mulai 4 minggu sebelum bersalin
Remedi ini istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan alamat palsu, menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan dengan mengendurkan dan menganjalkan otot - otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.


B5 Mulai 2 minggu sebelum bersalin
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan item B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.


B6 Mulai 1 minggu sebelum bersalin
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit waktu bersalin, mempercepatkan dan mempermudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

____________________________________________________________________


L7 Selepas bersalin
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.


L8 Mulai 5 jam selepas bersalin
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit - sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.


L9 Mulai hari ke 2 selepas bersalin
Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat - urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu


L10 Mulai hari ke 6 selepas bersalin
Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.


L11 Mulai hari ke 7 selepas bersalin
Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas - kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.


L12 Mulai hari ke 21 selepas bersalin
Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.


______________________________________________________________________


Para suami, inilah hadiah paling berharga buat isteri tercinta dan bakal bayi anda.
Para ibu, rasai pengalaman indah bersama Salindah.


TESTIMONI IBU & ANAK SALINDAH "


Order Sekarang !

SALINDAH SET LENGKAP ( B1-L12) : RM 439

 Hubungi kami : 03-4024 4859 ( Sri )


.

Saturday, September 10, 2011

Susu Biolac untuk Bayi Sihat dan Pintar



Susu Biolac Untuk Bayi berumur 1 minggu dan ke atas.

Semasa tempoh awal tumbesaran pada peringkat awal, kanak-kanak akan membesar dengan cepat dari segi fizikal dan mentalnya. Adalah sangat penting bagi kita memastikan mereka mendapat zat makanan yang optimum demi menjaga tumbesaran dan perkembangannya secara keseluruhan.

Susu BioLac ialah susu tempatan yang penuh khasiat dirumus mengguna susu tepung bermutu tinggi dari New Zealand. Susu Biolac diperkaya dengan  Garamtisu Biokimia Schuessler yang diperlukan dalam perkembangan fizikal dan minda kanak-kanak serta membantu pencernaan dan penghadaman mereka.


Membina darah, tulang,gigi. Menguatkan otot dan sendi. Membantu pertumbuhan kulit dan rambut yang sihat serta perkembangan minda dan sahsiah. Kerana anak anda memerlukan yang terbaik.


Ia mengandungi zat seperti :-
Kalsium - membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat
Protein - Membantu membina dan membaiki tisu badan
Magnesium - Menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium
Vitamin B2 - Diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada protein,lemak dan karbohidrat.
Vitamin B12 - Diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah
Vitamin C - Meningkatkan penyerapan besi daripada sumber bukan daging.
Vitamin B3 - Membantu tubuh badan menggunakan kalsium dan fosforus.

Rasa Susu Biolac yang sedap pasti digemari si comel ! Ibu setuju, bayi pun suka :)

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan 3 sudu susu Biolac ke dalam botol
  2. Campurkan 200ml air masak suam
  3. Goncang sehingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.


Susu BioLac (500 gm)
Harga Sem.Malaysia :RM 23.00

Growel ( 500 gm)
Harga : RM 9.90

Hubungi 03-4024 4859 untuk pesanan.

Monday, June 20, 2011

Mudahnya melahirkan bayi yang comel,sihat dan pintar

Setiap ibu hamil pasti mengalami berbagai pengalaman dan jadikanlah tempoh kehamilan itu suatu kenangan yang manis. Pengambilan makanan, vitamin atau produk kesihatan yang lain mestilah seimbang supaya ibu sentiasa cergas dan bayi yang dikandung membesar dengan sihat.

Set Lengkap Salindah menggabungkan rumusan homeopati, biokimia dan herbalisme - merupakan suatu formula alternatif kepada ibu hamil untuk kekal cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan. Salindah juga memudahkan proses bersalin. Ibu berasa lebih yakin dan tenang semasa melahirkan.


Pn Azlita bersama anak Salindah Muhammad Hazim, merupakan pengguna setia Salindah..

Dalam tempoh berpantang ibu yang mengamalkan Salindah dapat pulih dengan cepat dan lebih bertenaga untuk menguruskan bayi yang baru lahir. Komplikasi seperti sembelit, tumpah darah dan meroyan dapat dielakkan. Tiada kesan sampinyan pada bayi yang menyusu badan dan jadikanlah tempoh berpantang itu peluang keemasan untuk menjalin kasih dengan bayi anda.

Saturday, June 18, 2011

Ibu Salindah puas hati lahir anak luar biasa hebat !

Apabila hamil anak kedua, saya berazam menggunakan produk Salindah Set Lengkap. Saya mahukan anak yang sihat, cerdik dan pintar. Sewaktu kandungan saya tujung minggu saya sudah mula menggunakan produk ini satu persatu seperti yang dinasihatkan oleh pemilik Realelite Sdn Bhd. Badan saya terasa lebih sihat dan bertenaga sepanjang tempoh hamil.

Pada 23 April 2002, Muhammad Farhan selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Islan Nilai, Negeri Sembilan. Betapa gembiranya saya bila melihat Farhan yang kulitnya bersih dan gebu. Baru berusia dua bulan dia sudah mula meniarap menakala boleh berjalan ketika berusia sebelas bulan. Kini Farhan lebih aktif dan cergas. Dia membesar dengan sihat.

" Semua produk yang dirumus oleh Prof Dr Azizan memang bagus dan amat berkesan. Anda patut mencuba rangkaian produk kecerdasan minda seperti Examo CKM 500, MatSa, Relexamo, Konsentrasee dan lain-lain. " Puan Sharmila.


Kami menerima kunjungan daripada Pn Sharmila dari Nilai bersama puterinya Afreen Nasywaa ( 1 tahun 2 bulan ). Pn Sharmila yang merupakan pelanggan setia Real Shoppe mengamalkan Salindah sepanjang tempoh kehamilan dan sehingga habis pantang. Beliau mengakui anaknya cerdik dan mudah mesra dengan orang.

" Sejak bayi, Afreen Nasywaa minum Susu Biolac untuk perkembangan minda dan fizikal yang sihat. Kini Afreen sudah berumur 1 tahun, maka saya berikan pula Susu Biomil. " Pn Sharmila.



Friday, April 15, 2011

Thursday, March 24, 2011

Tips atasi mabuk hamil


Hamil di tahap trimester pertama ( 0-12 minggu )menyaksikan perubahan badan yang ketara selaras dengan pembesaran bayi yang dikandung. Ibu sering alami mabuk ( morning sickness ) pada waktu ini.


Tips untuk atasi mabuk hamil :
  • Makan dengan kerap - Tapi dengan jumlah kecil. Perut yg kosong, tekanan darah rendah, kandungan gula rendah boleh sebabkan mabuk hamil. Bawa makanan ringan jika anda keluar berjalan atau pada bila-bila masa sebelum tiba masa makan sebenar.
  • Makan protein tinggi - ini dapat ringankan mabuk hamil. Ikan & Susu mempunyai kandungan protein tinggi.
  • Minum air banyak - lebih-lebih lagi selepas muntah
  • Vitamin tambahan – boleh diambil untuk menggantikan nutrisi yang hilang selepas muntah
  • Jauhi makanan menggemukkan, yg digoreng atau pedas
  • Jauhi makanan yang mempunyai bau dan rasa yang sebabkan anda muntah
  • Makan makanan berkanji seperti roti bakar @ bijiran kering
  • Dapatkan tidur yang lena dan rileks
  • Berehat dan dengar muzik yang lembut ( boleh dengar subliminal muzik utk kurangkan mabuk )
  • Elakkan berus gigi sekurang-kurangnya sejam selepas anda muntah.

Thursday, February 24, 2011

Anak Salindah - Bijak dan cepat belajar

Ibu : Sri Elvina
Anak Salindah : Alice & Imran

Testimoni Ibu :

" Sepanjang kehamilan saya dan kandungan sentiasa sihat. Saya rasa bertenaga sepanjang hari ketika bekerja di pejabat dan di rumah. Alice seorang anak yang pintar berkata-kata, dan cepat belajar . Salindah memang membantu menajamkan minda anak saya sejak dalam kandungan lagi.

Di awal usia 1bulan setengah Imran sudah memberi reaksi positif kepada sesiapa yang bermain dengannya. Menjaga Imran juga mudah kerana tulangnya kuat dengan
bantuan Salindah B1, B2 dan B3. "



 

Anak-anak Salindah Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez